Wednesday, December 1, 2010

SEMANGAT BARU...

according to this lyric...

semangat baru..perjuangan yang satu..
dan matlamat hidupku...hanya untukmu...

many people may pretending to ignore their surrounding in order to meet their own satisfaction.
but.. some people may consider others in decision making.

Wednesday, March 24, 2010

IM NOT IN A MOOD!!!!

f***....
seriusly,aku bengang sgt arini. everything ruined!

Wednesday, March 17, 2010

so many tasks to complete...

Monday, March 1, 2010

La multi Ani cu Cleopatra Stratan - Commercial Ad Child Song


TEAM BUILDING at PD....(hutan kot...)
last weekend...

teambuilding kat pd...

actually, camp 2 suam2 kuku je,but it happened so sweet when the relationship among my friends n i makin rapat..

thatks 2 all...

make it such a wonderful moments... love u guys... -ahli-ahli zoo-

Wednesday, February 24, 2010



Kebebasan mutlak media baru akan membawa bencana kepada keharmonian sosial (Malaysia)
Istilah “weblog” dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, “blog,” dicipta oleh Peter Merholz yang secara bermain-main memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999. Ini dengan pantasnya diterima, baik sebagai kata nama mahupun sebagai “kata kerja” dalam bahasa Inggeris (“to blog,” bermaksud “mengedit weblog atau mengeposkan perutusan ke dalam weblog”). Selepas sebuah permulaan yang lambat, pemblogan dengan pantasnya mencapai kepopularan: laman web Xanga yang dilancarkan pada tahun 1996 hanya mempunyai 100 kemasukan menjelang 1997, tetapi melebihi 20 juta pada bulan Disember 2005. Penggunaan blog meledak pada tahun 1999 dan selepasnya.
Kebangkitan media baru sememangnya dapat meningkatkan tahap komunikasi antara manusia tidak kira di mana kita berada. Penggunaaan media baru yang tidak mengira had umur semakin dibimbangi bakal menghanyutkan manusia hingga menjerumus ke satu lapangan yang tidak dapat dikawal lagi. Pengguna internet khususnya, sudah terlalu banyak disogok dengan teknologi-teknologi baru yang boleh diibaratkan “segalanya di hujung jari anda”.
Rumusan Future Studies Pola-pola Mozaik Pemilihan Generasi Baru (21 tahun – 41 tahun) dalam PRU12 berdasarkan 1500 responden bagi setiap negeri dikaji pada 20 Februari 2008 – 05 Mac 2008 Analisis “Strata Kepercayaan Terhadap Media” oleh ZENTRUM FUTURE STUDIES MALAYSIA, seramai 1226 respondan Pulau Pinang memilih blog/media baru sebagai sumber maklumat berbanding hanya 79 menggunakan TV dan 195 menggunakan akhbar biasa. Ini bermakna di Pulau Pinang sahaja hampir 81% responden muda Pulau Pinang memilih blog/media baru.

Namun, hakikatnya sejauh manakah media baru dapat meletakkan manusia ditahap pengetahuan yang tertinggi tanpa mengakibatkan sebarang bencana dan kerosakan kepada budaya sosial kita?
Sayup-sayup kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan media arus perdana tidak boleh dipercayai lagi kerana berat sebelah, sudahnya bagi pihak yang berkecuali dan bukan pro kerajaan mengambil langkah memilih internet sebagai media alternatif bagi mendapatkan sumber informasi dan membuat perbandingan bagi kedua-dua kejadian bagi mencari di mana titik kebenarannya.
Ternyata, pengguna-pengguna media baru ini tidak dapat mengelakkan diri dari membawa bencana kepada keharmonian sosial. Mengambil contoh negara kita sendiri, Malaysia yang ditanamkan dengan konsep 1Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib semakin hari semakin galak melemparkan pelbagai pandangan dan tohmahan yang sedikit sebanyak telah mengoyakkan asas perpaduan sosial di Malaysia. Saya mengambil contoh 1Malaysia kerana terlalu ramai yang melemparkan komen positif mahupun negetif tentang isu ini menggunakan media baru, terutama melalui blog. Penggunaan blog semakin digilai ramai kerana ia merupakan medium yang dapat melunaskan segala perasaan terpendam terhadap sesuatu isu. Cara melunaskannya adalah melalui penulisan.

Persoalannya,bagaimana penulisan blog ini dapat menggugat keharmonian sosial di Malaysia? Pertama, setiap tindakan pastinya didorong oleh sesuatu. Pada pandapat saya, segelintir penulis-penulis blog merasa desakan dalam hidup yang asalnya dari anjakan pelbagai aspek kehidupan mereka meliputi hal-ehwal sosial, politik, kebudayaan serta agama dan ia berlaku secara berpanjangan. Rasa ketidakpuasan hati ini mendorong mereka menyemburkan idea-idea dan pendapat mereka di satu saluran yang digelar media baru. Hakikatnya, sama ada idea yang ingin dikongsi itu relevan atau tidak ia bakal memberi kesan yang besar terhadap aspek sosial jika kebebasan mutlak menyuarakan pendapat menggunakan media baru ini tidak di kawal.
Contoh lain, masyarakat mula berasa bimbang akan kesan proses pembaratan terhadap rupa jati diri kebudayaan generasi anak-anak mereka pada masa depan. Berleluasanya media baru di Malaysia mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa yaag takut pembaharuan yang mendadak ini bakal membawa anak-anak mereka mendekati budaya-budaya barat. Membawa contoh YOUTUBE, anak-anak zaman kini menggunakan medium ini bagi melempiaskan sifat-sifat kotor mereka. Apa yang kita boleh dapat dari YOUTUBE? Video bogel, lucah, tidak berperi kemanusiaan, penyiksaan, budaya barat, dan banyak lagi. Dari mana datang semua ini jika bukan dari media baru yang semakin mengambil alih media arus perdana.

Dalam aspek politik pula, pengguna media baru telah menggunakan isu-isu politik yang secara langsung telah mengganggu gugat keharmonian sosial masyarakat Melayu khususnya.


Mereka mula berasa gundah dengan beberapa permintaan sesetengah kumpulan yang mewakili kaum tertentu bagi mendapatkan hak mereka yang dilihat melanggari batas yang terkandung di dalam perjanjian, dikenali sebagai kontrak sosial. Penuh di laman sesawang tentang gesaan kaum lain yang ingin menyamaratakan taraf semua kaum di Malaysia. Gesaan kepada amalan meritokrasi dan penghapusan kuota khas adalah antara unsur asakan yang menyebabkan masyarakat berasa gundah dengan ketahanan elemen politik bagi mempertahankan nasib dan masa depan mereka.


Kebenarannya, semakin berleluasa kebebasan mutlak media baru di Malaysia masyarakat semakin hampir dengan perpecahan sosial dan budaya sekaligus membawa kita, Malaysia ke kancah peperangan yang mustahil ada peghujungnya.

WONDERFUL MOMENTS...


Here,with my friends.the end of diploma's life at Lendu(UiTM). kind of *sobb..sobb..*(sad maa...hehe) da aka AMAL,nurul aka MAM,zhaf aka HEROT,... MY LIFE SUCK WITHOUT FRIENDS!!!!